Wednesday, 3 February 2016

BAB 1: CERITA IS HISTORY

Assalamualaikum... Nama aku Zam.. bila aku melihat budak-budak yang balik sekolah time balik kerja... teringat aku zaman sekolah dulu...nak kata "zaman" tu tak adalah lama sangat pun aku tinggalkan Universiti ni... aku baru berkerja disebuah kolej kemahiran di KL. hidup kat hiruk piruk kota ni memang mencabar...maklumlah gaji pun tak cecah dua ribu... terpaksalah ikat perut setiap hari. Tapi ...even gaji kecik..Alhamdulilah.... syukur aku dapat beri sedikit kat mak ayah. Nakal-nakal aku masa zaman kanak-kanak jadi juga orang. Petang ni rasanya nak melepak dengan membe jer. Al maklumlah kawan-kawan je yang ada di KL ni. Eh jap. aku nak cerita zaman sekolah aku jap ye... bermulalah sebuah Al kisah..sejarah hidup aku..masa tu aku sangat nakal...(imbas kembali)....

HOI Zam!!...tempik Sadam. (ha.. nama budak ni SADAM HUSEN..bukan general Sadam Husen yang Palestin tu ye.)
ha? apa weh! nak gaduh cakap!. balas aku kepada sadam.
haha... tak da ah.. aku saja panggil ko, petang jadi main bola tak? nak pergi kita sainglah..Ilung tak pergi main petang ni...mak dia nak bawak pegi mana tah. Sadam berkata sambil mendekati aku.
Ilung tak main? aduh tak cukup oranglah..aku mana brani bawak motolah gila!. Balas aku balik kepada Sadam.
Lau camt kita Bike sampai Baruh! lepastu mintak Helmi Boncenglah...Jawab Sadam.
Muka Sadam penuh yakin mengatakan Helmi boleh membawa kami berdua.
Ko Gila ka pa...nak bonceng tiga orang? ko ingat naik GERABAK??. Jawab aku sambil memandang mata Sadam.dalam hati aku budak ni lembab ke apa. habis tu Akir ko nak campak mana? sambung aku lagi sambil memandang Sadam.
Aduh... lupa pulak..kalau macamtu tak pergilah kita...Baslas Sadam dengan muka kecewa.
Pada petang tu aku ke pekan menaiki motosikal SUZUKI BEST tapi hakikatnya tidak beberapa best pun..tapi bolehlah sebab ekzos dah modified jadi CHEM haha. Boleh pulak terserempak dengan Ilung..dalam hati aku celaka kata pergi ikut mak dia..rupanya melepak dengan bebudak moto. Aku pun ke sana berjumpa Ilung.

No comments:

Post a Comment